Sambutan Hari Guru 2007 di SM Sufri Bolkiah telah diadakan pada 1hb November 2007. Ianya telah dianjurkan oleh Jabatan Sains dan Jabatan Perdagangan. Manakala penuntut-penuntut daripada ahli-ahli Prefek, Kelab Sains SMSB dan Asrama Puteri telah pun memberi kerjasama dalam memeriahkan lagi sambutan tersebut. Beberapa persembahan penuntut telah dimuatkan dalam acara-acara seperti Tarian dan lakonan drama. Tema bagi sambutan pada tahun ini ialah Dulu dan Sekarang. Antara lain acara yang mengenangkan zaman guru-guru dari tahun 70an hingga sekarang adalah tayangan video clip yang diterbitkan oleh Cikgu Muhd Hafizuddin hingga ada beberapa keping gambar yang menggelihatikan guru-guru dan penuntut-penuntut. Tetapi tunjukkan video clip tersebut adalah semata-mata untuk mengenang kisah lama dan bukannya dimaksudkan untuk memburuk-burukkan sesiapa terutama insan yang bernama GURU. Kerana guru lah yang memainkan peranan penting untuk membina penuntut-penuntut ke arah kecemerlangan di masa akan datang. Terima kasih GURU......